APAKAH ITU PENYAKIT KENCING TIKUS?
ADAKAH TIKUS HAIWAN PEMBAWA BAKTERIA INI??
Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?
Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
Faktor risiko termasuklah:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada
panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan,
doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan
anggota tentera.
|
|
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
|
|
Terdedah kepada peralatan dan haiwan di
rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan
dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus,
tupai dan arnab.
|
0 comments:
Post a Comment