Apit Kiri Negara Kena Kencing Tikus
KUALA LUMPUR - Apit kiri skuad sepak takraw negara, Mohd. Syazreenqamar Salehan kini bertarung dengan masalah pernafasan gara-gara menghidap penyakit kencing tikus.
Pengumpan kelahiran Negeri Sembilan
berusia 21 tahun itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar di
Seremban pada Sabtu lalu.
Dia dikatakan dijangkiti penyakit itu ketika mandi-manda bersama rakan di sebuah kawasan air terjun di Negeri Sembilan beberapa hari lalu sekembalinya daripada menyertai Liga Sepak Takraw (STL) Zon Utara di Alor Setar, Kedah.
Penolong Setiausaha Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata, doktor memaklumkan kepadanya dan bapa Mohd. Syazreenqamar bahawa sistem pernafasan pemain itu masih belum stabil sepenuhnya.
“Mohd. Syazreenqamar merupakan aset dan pemain negara. Justeru itu PSM turut bertanggungjawab atas keadaan dirinya. Kami juga sedang berusaha sedaya-upaya untuk memberikan segala bantuan dan sokongan kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu beliau melahirkan kekesalan dengan sikap segelintir pihak yang menyerang PSM menerusi laman sosial dengan mendakwa tiada seorang pegawai persatuan pun yang datang menziarahi apit kiri itu.
“Saya dan bapa beliau yang mendapat makluman terawal mengenai keadaannya ketika dipanggil berjumpa doktor sebelum berita dia sakit tersebar kepada umum.
“Bagaimana pihak berkenaan boleh mendakwa tiada orang PSM datang menjenguknya?
“Sepatutnya apabila saudara kita dalam kesusahan, kita berganding bahu membantu, bukannya menuduh orang lain yang bukan-bukan?” katanya.
Mohd. Syazreenqamar hampir membantu Malaysia menjuarai Siri Super Istaf Myanmar 2014-15 ketika bergandingan dengan Syahir Rosdi dan Khairol Zaman Hamir Akhbar, 2 November lalu.
Mereka hanya tewas tipis kepada musuh tradisi Thailand, 20-22, 21-18, 21-23 dalam perlawanan akhir di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw.

0 comments:
Post a Comment